:: This IS My Story ::
![]()
Welcome I'm just another ordinary girl. Call me Hani or Ira. Nice to meet you. This IS my life. Thanks for reading! みんながだいすき!
Blogwalking! Always Thanks to Template: Luqman Hilmi Editor:IraHani Other: We♥It and Photobucket
| RAMADHAN, Aku Datang!!
ASSALAMUALAIKUM!
Hai semua! Bertemu kembali di sini.. Sekarang ni bulan RAMADHAN Walaupun dah pertengahan bulan... Sye tetap nak wish..... SALAM RAMADHAN to all MUSLIMS all over the world!! May this Ramadhan brings us happiness and rahmat from HIM... Okay, Actually, Tak tau sangat nak tulis ape, Tpi sebab Aiman Arif suruh update blog cuti nie, Perah jugak laa otak.... Hmmm... Nak tulis tentang Ramadhan lah RAMADHAN AL-KAREEM Bak kate Ustaz Izalludin Ramadhan. Kedatangan mu ku nanti, Pemergianmu ku tangisi... Amboii.... Tak punn,,,,,,,,, Ramadhan Kedatangan mu ku tunggu Pemergianmu ku syahdu........ Amboi... Sedap ye main dgan kata-kata niey Tapi,, Jangan hanya berkata-kata tau Kene lah hayati Ramadhan dengan KEIKHLASAN dan KETAKWAAN Sejarah RAMADHAN
Berpuasa nie,, ALLAH S.W.T dah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 183
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.Haa,, melalui ayat nie,, kite dapat tahu,, sebelum umat Nabi Muhammad S.A.W lagi, syariat berpuasa ni dah ada. Tapi, mungkin caranya lain. Maybe? Wallahuaulamm~~ Puasa ni wajib tau kawan-kawan! Puasa selama satu bulan ni perlu sebagai memenuhi Rukun Islam yg ke-3 Tapi, jangan sekadar berpuasa Berpuasa ni, haruslah disertai dengan keimanan dan ketakwaan Hidupkan Ramadhan dengan pelbagai amal ibadat Dan teruslah beristiqamah pada bulan-bulan seterusnye Barulah, orang cakap, Tak lah puasa hanya sekadar dapat penat, letih, dahaga dan lapar..... Hmmm... Nak citer pasal ape lagi ea? Haa... Ni, Pasal peperangan di bulan Ramadhan Eh, Umat Islam dulu-dulu, Kuat-kuat tau! Tengah-tengah puasa punn boleh berperang Memang iman and takwa diorang semua,, Superb hebat! Kite sekarang nie? Tak de pun perang-perang segala bagai, Kat Malaysia ni, memang Alhamdulillah,, Aman and tenteram Perang punn, setakat perang pilihan raya je... Tapi, nak puasa tu, macam-macam ragam jumpe Lapar la,, Penat la,, Ape laa Okay,, Bukan semua laa.. Alahai....... Ade certain-certain je, okay? Banyak pulak sye merepek ye? Tu lahh,, Kuat sangat makan kerepek.. Muehe3 Okay, Ade satu perang yang sangat sye suke membaca pasal nye, iaitu: PERANG BADAR Perang ni, memang dah ramai yang sedia maklum. Memang sebuah perang pertama yang besar antara umat Islam yang beriman and orang-orang kafir yang mengingkari perintah Allah S.W.T Perang ni berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijriah Lokasi perang ni kat Badar, 80 batu @ 130 km di barat daya Madinah Komander untuk umat Islam mestilah Nabi Muhammad S.A.W Dengan kekuatan 313 infantri, 2 kuda dan 70 unta,, Mereka dapat mengalahkan tentera kafir Quraisy, Yang terdiri daripada 900 infantri, 100 kuda dan 170 unta... Dan diketuai oleh Amru bin Hisyam iaitu Abu Jahal Waaa,, Tengok! Hebatkan? Kekuatan tentera kafir Quraisy sangat besar kalau nak dibandingkan dengan tentera umat Islam pada masa tu... Tapi, berbekalkan kekuatan rohani, jasmani, iman dan takwa, Allah bantu mereka untuk capai kemenangan.. Ini, ada sedikit cerita pasal Perang Badar Pada tengah malam 17 Mac, tentera Quraisy dah bersiap-siap dan bertolak ke lembah Badar Diorang mengalihkan kuda dan unta mereka ke bukit 'Aqanqal. Kemudian, diorang mendirikan khemah dekat lembah. Sambil-sambil tu, diorang hantar pengintip, namanye, Umayr ibn Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim... Umayr pun laporlah : Tentera Nabi Muhammad S.A.W kecil bilangannya : Tiada pasukan Muslimin lain yang join tentera Baginda Tapi, Umayr dapat ramalkan, tentera Quraisy akan mendapat kecederaan yang teruk dalam peperangan tu nanti Nak tau sebab ape? Berdasarkan satu hadis, Umayr nampak " unta-unta yang sarat dengan kematian" Maksudnye, die nampak petanda-petanda yang Allah bagi, bahawa, ramai dari pihak Quraisy akan terkorban.. Lepas dapat tahu berita ni, semangat puak Quraisy runtuh,, Then, pemimpin-pemimpin Quraisy pun bertengkar.. Haa,, Pertempuran pun bermula,, Mula-mula, kedua-dua pihak hantar 3 perwira untuk bertarung. First, 3 orang dari Ansar yang keluar, tapi, pihak Quraisy tak nak, diorang nak Muhajirin dari Mekah jugak... Then, Ali, Ubaidah and Hamzah yang keluar. Ketiga-tiganye menang, tpi, Ubaidah cedera sehingga membawa maut.. Selepas 3 on 3 tu, Serangan panah pun bermula.... Waktu ni, dua orang Muslim and beberapa orang Quraisy terbunuh... Serangan panah ni bermula, sebab Nabi Muhammad S.A.W dah keluarkan arahan Baginda menyuruh tenteranya untuk serang jarak jauh je dulu, Then baru serang dengan senjata tangan apebile diorang dah mara.. Haa,, Perancang yang sangat baik kan? And then, Baginda mengarahkan tenteranya untuk menyerang, Tentera Nabi Muhammad S.A.W membaling segenggam baru kerikil kepada tentera Mekah Sambil membaling, mereka berteriak, "Cacatlah muka itu!" Pihak Muslim mendapat bantuan beribu-ribu Malaikat yang turun dari langit untuk mengalahkan pihak Quraisy. Tentang perkare ni, Allah S.W.T ade berfirman dalam Surah Ali Imran, ayat 123-125 [123] Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam perang Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).[124] (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka) : Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera malaikat yang diturunkan?[125] Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. Subhanallah,, Banyak kott... Lima ribu tuu... Oleh sebab itu, kawan-kawan semua,, Kite kenelah jadi orang yang bersabar, beriman dan bertawakal InsyaAllah,, Allah akan tolong kite pada setiap waktu.. Kemenangan pihak Muslim dalam perang Badar ni memberi isyarat kepada suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Tanah Arab dan seterusnya menguatkan kuasa Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua masyarakat Madinah. Setakat ni sahaja coretan sye buat kali nie.. Okay.. Terlebih-lebih pulak idea ni datang ye Bile da start menulis tuu,, memang susah sikit nak berhenti.. Alahaii.. Semoga kawan-kawan di luar sana dapat mengambil iktibar daripada sejarah-sejarah umat Islam yang terdahulu... Wallahualamm... Assalamualaikumm.......
Perang Badar mengajar kite banyak perkare :)
RAMADHAN MUBARAK!
Sincerely
Dzuhairah Hani @ IraHani
|